Sunday, August 16, 2009

PENGALAMAN DAN KENANGAN

tanggal 13 julai 2009 adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup aku...aku macam tak percaya apa yang aku hajati,apa yang aku usaha kan,apa yang aku doakan,beserta dengan tawakal yang mendalam,aku telah berjaya masuk ke insitut perguruan yang merupakan sebahagian besar daripada cita-cita aku..ALHAMDULILLAH...dulu aku selalu mengatakan "aku nie tak layak menjadi seorang cikgu setelah gagal interview untuk kali pertama,namun rezeki ALLAH S.W.T,siapa yang tahu kan..yang penting jangan berputus asa,sebab ALLAH S.W.T. tidak suka kepada hambaNYA yang cepat berputus asa..aku pun terus mencubanya untuk kali yang kedua..mula2 takut juga sebab takut peristiwa lama berulang kembali..

waktu interview 2 aku dah la datang lambat,dengan kelam kabutnya nak susun file,namun begitu mujurlah ada seorang hamba ALLAH nie yang tolong aku susun file,nama budak 2 nurfazila,skunk nie dah 1 kelas dengan aku..tak sangka betui..heheheheh


akhirnya interview 2 pun tamat juga,aku rasa lega dah la..sementara tunggu keputusan aku meneruskan pembelajaran aku di form 6..aku form 6 dekat sekolah menengah jerantut,sekolah yang paling lama dalam daerah jerantut..dekat form 6 aku dilantik menjadi ketua pengawas yang mewakili 1500 orang pelajar..aku pun terkejut juga apabila amanat sebesar itu diserahkan kepada aku,maklumlah selama nie tak pernah pun pegang jawatan sebesar 2..paling lekeh pun jadi AJK je la..itupun secara paksa rela...hehehe..namun begitu bile dilihat dalam firman ALLAH S.W.T,ALLAH S.W.T. tidak akan mebebankan hambaNYA dengan tugasan yang berat kerana ALLAH S.W.T. maha mengetahui akan kemampuan yang boleh dipikul oleh hambaNYA..jadi aku pun terima la ia sebagai satu pehargaan dan sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan....

masuk je bulan 7 aku tak sabar2 menunggu keputusan maktab keluar,boleh dikatekan tiap2 ari aku gi cek intrnet nak tgk keputusannya...semangat betul..heheheh..sedang syok2 mjalani motivasi,tiba-tiba enset aku bbnyi yang menyatakan semakan boleh dibuat melalui SMS..aku pun apa lg,tanpa mbuang ms dan peluh..hehehe..aku pun terus cek..perkataan pertma yang aku lihat adalah "TAHNIAH ANDA BERJAYA" aku pun hepi la,ape yang aku hajati tercapai..jadi ini lah berkat usaha,doa,tawakal aku serta semangat tidak berputus asa yang telah menyebabkan aku berjya berada di maktab..ALHAMDULILLAH..

skunk nie aku baru nak menjalani proses persediaan ijazah srjana muda perguruan..jadi aku terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH S.W.T. supaya kekal disini sehinggalah aku dianugerahkan segulung ijazah kerana aku berada disinie dengan membawa seribu harapan ibubapa aku...AMIN.

No comments:

Post a Comment